Anjuran para pelajar jurusan Diploma Komunikasi dan Media Semester 6B

Anjuran para pelajar jurusan Diploma Komunikasi dan Media Semester 6B

Saturday, March 20, 2010

"TWO WHEELS CARNIVAL" merupakan sebuah karnival "motor show" anjuran para pelajar Semester 6B jurusan Diploma Komunikasi dan Media UNISEL, Shah Alam. Karnival ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya mengenai keselamatan ketika berada di jalan raya serta mengumpul dana bagi membantu para pelajar UNISEL yang kurang berkemampuan. Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan untuk setiap pengunjung yang akan hadir. Kehadiran anda semua amat dialu-alukan.

Tarikh: 10 April 2010
Tempat: UNISEL, Shah Alam
Masa: 9 pagi- 5 petang


OBJEKTIF DAN SASARAN PROGRAM

Memberi kesedaran kepada mahasiswa, mahasiswi khasnya dan amnya kepada masyarakat setempat tentang keselamatan penggunaan kenderaan bermotor khususnya kepada penggunna bermotosikal dan pengguna jalan raya. Malahan juga program ini bertujuan untuk memupuk semangat " Malaysia"antara satu sama lain.

ACARA

Acara-acara yang terdapat di dalam program "2 Wheels Carnival: Fun to Ride But Safety First" adalah seperti yang berikut

1. Pertunjukan "stunt" yang dilakukan oleh wakil penunggang professional.
2. Pameran itu juga terdiri daripada pelbagai kategori motosikal berkuasa tinggi, skooter dan kapcai.
3. Aktiviti pandu uji (Test Drive) motosikal dan ucapan daripada bekas pelumba motosikal Malaysia.
4. Persembahan karaoke, pertandingan mewarna dan pembukaan "booth" untuk jualan dan pameran pada hari tersebut.
5. Pertandingan skooter tercantik mempunyai dua kategori iaitu Air Brush dan stiker.
6. Cabutan bertuah terbuka kepada peserta, pelajar Unisel dan orang ramai.
7. Pertandingan teka berat motosikal dan pertandingan teka harga motosikal.
8. Pertunjukkan Pancaragam yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar sekolah.
9. Penyampaian tips-tips keselamatan jalan raya oleh golongan profesional.

KELAB-KELAB MOTOSIKAL

Kelab-kelab motosikal yang dijemput bagi menjayakan program ni adalah seperti yang berikut:

1. Bladers
2. SuperbikeMalaysia.com
3. harley Davidson
4. RK-M Genuine Club
5. Locus Crew
6. Yamaha FZ 150
7. Riders Malaya Community (RMC)
8. Kawasaki KIPS
9. Waziboys
10. NSR Malaysia
11. Naza GTR Club
12. Aprillia RS Club




SILA LIHAT BAHAGIAN PRA MAJLIS 


*Blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan info terbaru....